Friday, October 24, 2008

Hujan... apabila melihatnya banyak gambaran difikirkan. Ada ketenangan yang diperolehi melalui rintihan yang gugur ke bumi. Membasahi alam dengan aliran air yang mendamaikan. Hujan turun memberi nikmat kepada manusia...

Thursday, October 16, 2008

Pada 18 . 9 yang lalu, hati ini sungguh gembira kerana dapat pulang ke desa tercinta. Setelah 3 bulan tidak tidak pulang bersama keluarga. Perjalanan yang memakan masa 8 jam begitu memenatkan lebih- lebih lagi pulang pada bulan Ramadhan. Tetapi semangat berkobar- kobar diri ini dapat menahan kepenatan dengan ditemani sahabat sejati.
Menatap wajahmu, sahabat. Kali pertama ku menjejakkan kaki di sini, kamulah kukenali, yang sentiasa menemaniku di sisi. Tanpamu di sisi ku rasa kosong. Telatahmu yang membuatku gembira dan terima kasih ku ucapakan kerana menerimaku seadanya. Ku harap perhubungan kita tidak akan putus dan berkekalan sehingga hujung nyawa.
Setelah penat memikirkan burung apakah yang menjadi insiprasi untuk menghasilkan cerpen, hati ini terdetik untuk memilih helang. Helang merupakan burung yang mempunyai semangat yang kuat. berdasarkan fizikalnya dan cakaran kukunya. Ketangkasan helang menangkap mangsa begitu mengagumkan sekali. Walau pun helang merupakan haiwan pemangsa helang diangkat menjadi banyak simbol kegagahan dan kekuasaan. Oleh itu, helang menarik perhatian hati ini.

Thursday, October 9, 2008

Keindahan pantai dan kedamaian pantai membuat hati lara. Hati yang yang lara memikirkan perkara yang tidak mungkin akan terjadi kerana khayalan begitu menebal. Tiupan angin sepoi- sepoi bahasa memberi kedinginan. Segala kekusutan hilang jika memandang lautan yang memberi kedamaian.
Pada malam 1 Syawal merupakan satu pengalaman terindah dalam hidup ini apabila dapat melihat sendiri bagaimana payahnya untuk melahirkan anak. Kesakitan yang dialami semasa melahirkan tidak dapat digambarkan menyebabkan seram sejuk dibuatnya. Semasa berada di tempat menunggu, suara kesakitan semasa melahirkan anak memberi keinsafan dan satu pengalaman baru. Selepas beberapa minit mengerang kesakitan kakakku berjaya melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.6kg dalam keadaan normal dan sihat. Kecekapan jururawat dan doktor di KBMC bagus sekali kerana memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit. Selepas bayi diazankan, bayi diletakkan di bilik penjagaan kerana mahu memberi ibu yang baru melahirkan beristirehat. Pengalaman ini memberi seribu makna dan merupakan hadiah teristimewa dalam hidup ini kerana dapat melihat sendiri betapa susahnya untuk melahirkan seorang anak.

Wednesday, September 17, 2008


Sepantas kilat terpandang lukisan ini tidak memberi apa- apa makna. Tapi jika dihayati dengan hati hasil karya yang unik ini banyak memberi maksud tersirat. Hati berkata sejenak jika aku dapat menghasilkan karya seperti ini alangkah bagusnya. Karya lukisan ini memberi sentuhan hati jika ku melihatnya.